
Suatu hari di perpustakaan, sedang saya khusyu’ membaca buku di rak yang dilabel ilmu agama islam. Saya terpana melihat terlalu banyak informasi dan fakta baru yang memasuki ruang minda saya. Di akhir helaian muka suratnya, saya terlihat biografi penulis dicatatkan penulisannya berusia puluhan tahun yang lalu. Lalu saya terfikir, jikalau ulama zaman terdahulu tidak mengikat ilmu mereka di lembaran-lembaran catatan, maka tidak sampailah ilmu tersebut kepada kita setelah ratusan ilmu kemudiannya.
Terhadnya usia kita di atas dunia ini, membuatkan saya terfikir untuk memulakan inisiatif menulis walaupun saya bukanlah penulis yang terbaik dan ibu saya merupakan penulis sambilan. Tetapi satu niat saya adalah untuk mencoret catatan hidup sekira bermanfaat, selari dengan prinsip hidup saya juga نافع لغيره (bermanfaat untuk orang lain). Saya berharap coretan kehidupan yang sederhana ini sambil saya bermuhasabah diri dapat juga memberi secebis istifadah untuk para pembaca.
Semoga bermanfaat!
Siiru ‘ala Barakatillah
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (3:191)
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
*Penulisan asal bertarikh 25 Ogos 2020 di laman sesawang Wix, akan tetapi saya tidak meneruskan di sana kerana negara asal syarikat ini adalah Is****.


Leave a comment